Wednesday, 14 November 2012

SELERA GAJAH BUNTING

Salam semua, arini nak cerita sikit tentang tubuh badan aku yang semakin mengembang gara-gara selera tekak aku macam gajah bunting...muahahahahah ayat kutuk diri sendiri.
Dah hampir sebulan aku bermastautin di kampung kelahiran aku sebab jaga rumah, mak aku kan pergi menunaikan ibadah haji, so aku sebagai anak yang baik balik la duduk di rumah mak aku tu menemani kakak aku nan seorang.
Disebabkan kakak aku ni selera perut dia boleh tahan gak la macam selera gajah bunting, so tiap-tiap petang dia akan masak nasi bila balik keja. Bila dah masak nasi ofkos la dia masak sekali dengan aku anak beranak. Aku yang selalu sampai rumah seminit lagi nak habis magrib dengan bangganya melantak la (pas aku solat magrib ye), licin seperiuk. Ye la, aku kan prihatin, kak aku masak penat-penat tak kan nak tengok je kan...
So, akibat dari selera gajah bunting aku tu, aku terima la akibat yang buat aku tension tak benti..berat badan aku naik 64.5kg...waaaaaaaaaaa...aritu 61 kg..berat idea dah tu. So aku nampak montel sekarang ni. Part yang selalu nampak montel ialah perut,pipi,lengan, dan pungkokkkkkk...waaaaa
Sebab tu sekarang ni aku bertungkus lumus akan mengembalikan semula 61 kg aku...aku dah start minum SDII, buat sit up, buat skipping. Peluh gila-gila. Syabas, pembakaran lemak sedang berlaku.
Badan aku ni naik ja sikit nampak je montel tu sebab aku tak tinggi sangat. Tapi syukur, tu semua kurniaan Ilahi...sila bersyukur ye!!
Macam mana ye rupa gajah bunting???

Ni ke ropernyer??? Ishhh, rupa aku macam tu gak kot no!!! Ngeriiiiiiiiii

Monday, 29 October 2012

KISAH RAYA YANG DAH BASI

Salam semua...hari ni nak cerita sikit pasal cerita raya puasa dulu..(heheh...mama ni,cerita dah basi la mama,baru nak cerita)..tak apa, janji korang femes..possing sat mama nak tengok...



Haaa... ini dia dua orang anak teruna mama yang kalut sangat pagi2 raya. Mama tak sempat mandi lagi, korang dah siap pakai baju raya. Adikkkk...seksi la butang tak bubuh.

SUCI DALAM DEBU



Suci je kan wajah anak-anak time tido. Time ni kalau nampak mereka, teringat je kalau-kalau ada marah mereka, pukul mereka...huhuhu sedih la pulak.


Ni pulak, wajah time nak senyum gatai. Senyum mengena orang kata.

MARI BERGOTONG ROYONG

Sawang,semak,samun semua dh ada dalam blog aku ni..sakan punya pemalas. Eh eh bukan pemalas, saya sebagai pemegang amanah dari kerajaan sememangnya sentiasa sibuk dengan tugas hakiki yang tak pernah habis.

Tuesday, 29 May 2012

Mutiara Kata

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Monday, 28 May 2012

Aliff & Aqeef

Ahad lepas ada perlawanan bola sepak antara tadika di Perlis sempena Hari Perpaduan peringkat Negeri Perlis. Aliff masuk pertandingan tu, tapi macam lawak ja. Lemah gemalai lari atas padang ligan bola. Possing sat sebelum perlawanan...



Balik rumah terus demam...sebab panas sangat time main bola tu.



Yang si Aqeef macam biasa la, kalau abang dia demam, dia pun tumpang sekaki. Demam jenis payah nak kebah budak-budak ni...runsing kepala aku.
Aku memang jenis gabra kalau Allah uji aku dengan masalah, tapi aku lagi down kalau Allah uji aku dengan kesihatan anak-anak aku.
Moga anak-anak mama cepat sihat dan boleh kiss mama selalu. Ni nak kiss pun mcm tak mau ja.

Saturday, 26 May 2012

Samsung Galaxy S Advance

Balik kerja arini, my hubby buat suprise monyet...Samsung Advance ada atas meja...untuk ayang...heheheh...laaaa..buat apa abg beli? Ayg cuma cakap teringin ja,bukan nak suruh abg beli pun..
Terharu sangat-sangat,benda yang diidamkan ada depan mata..


Sunday, 20 May 2012

KELIRU

Kadang-kadang aku keliru dengan orang sekeliling aku, pening aku memikiokannya. Kalau tak fikir,dah nak fikir,nk fikir pening kepala..adoiii
Ko ni napa nyah,tak payah duk fikir2,releks je..yang penting selagi ko happy dalam hidup ni,ko teruskan je...orang lain??? lantak deme la nk jadi gena pun..
Selfish je cara ko cakap ni? Ya ke selfish? tak kotttt...heheheheh

Friday, 18 May 2012

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat




  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik















  • Thursday, 17 May 2012

    KOLAM AIR PANAS ULU LENGGONG

    Pukul 9.40 malam bertolak dari rumah ke Baling..dah lama niat di hati nak mandi air panas..Akhirnya malam tu termakbul gak la hajat aku..
    Teruja betul anak-anak teruna aku nak bawa p berjalan..padahal selalu sangat bawa diorang ni berjalan. Cuma Sabah Sarawak ja tak pernah bawa p lagi..insya Allah Aqeef besar nanti tercapai kot hajat aku nak p Sabah..
    Opsss!!! ni nak cerita pasai kolam air panas ke atau Sabah? Lari tajuk dah..heheheh
    Pukul 12 malam baru sampai ke destinasi yang dituju..Melompat anak-anak teruna aku dapat mandi kolam. Best sangat la kot..ye la orang ramai,mesti la best.
    Kami bertolak balik pukul 3 pagi,pukul 5 sampai la rumah..pastu terusss zzzzzzzzzzzzz

    Sunday, 13 May 2012

    Perihal si AQEEF

    Petang jumaat lalu,balik dari kerja si Aqeef dah menunjukkan tanda2 nak penat..nyawa pun bunyi. Sian anak mama. Terus aku dan husband bawa pi Klinik Faizah, doc bagi sedut gas,bekalkan ubat.
    Malam tu keadaan Aqeef agak teruk..sampai nangis tak keluar suara. Tak tido langsung sebab terlampau penat.
    Pagi esoknya bawa pi KMC..masuk emergency unit,doc bagi bantuan oksigen, call Dr Sharifah..admit ward sebab agak teruk dia punya pernafasan..
    Ok gak la KMC..bagus dia punya fasiliti..layanan..memang terbaik la..A++ la aku kasi..
    Moga anak mama cepat sembuh..risau mama bila sayang sakit..

    Monday, 23 April 2012

    CiNtAi KeRaNa KeKuRaNgAnnYa

    “Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya…”
    See full size image

    Sunday, 15 April 2012

    Bila kita diuji dgn pelbagai dugaan,kita akan kecewa dan marah n bla bla...kali ni bila aku diuji,rasanya sgt bersyukur..dugaan ni membuatkan aku lebih peka dan perlu berhati-hati,jgn mudah percayakan orang,dan yg paling penting: SENTIASA BERNIAT BAIK,INSYAALLAH PERKARA BURUK AKAN DIJAUHKAN DARI KITA.
    Tipu kalau aku ckp yg aku tak sakit hati or marah dgn apa yg terjadi,malah luka yg sedia ada bertambah parah dan mungkin jugak tak akan pernah sembuh..tapi sebagai manusia biasa aku redha..easy to forgive but hard to forget..

    Friday, 13 April 2012

    Percubaan Pertama

    Salam sejahtera uolls...
    Percubaan pertama untuk menghasilkan blog sendiri..entah menjadi ke tak...rasa macam tak berapa nak menjadi sangat pon..