Saturday, 23 November 2013

Hutan Belantara

Assalammualaikum...laaammaaaanyaaa aku menyepi dari dunia blog ni..Apesal yee..entah.Aku sendiri pun tidak ketahui.Nak kata sibuk,Perdana Menteri kita lagiii sibuk..so..aku tak ada alasan munasabah nak bagi apesal aku menyepi..munasarawak jauh sekali la kan.
Banyak rentetan perjalanan hidup aku sepanjang aku menyepi ni. Tak tertulis di sini. Kalau nak tulis juga, mau amik cuti tanpa gaji nak karang ayat di sini.
So, bila tengah rajin ni marilah aku buka sedikit sebanyak tentang kisah suka duka aku bergelar insan ni...ayat aku memang tak boleh blah.Orang sastera katakan.
aku mulakan dengan perkembangan anak-anak teruna aku dulu ye.Yang sulung Syed Muhammad Aliff Iskandar a.k.a abang long..dah tamat pengajian Pra Sekolah nya di Tadika An Najaah Arau. So tahun depan akan melangkah ke darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah Arau. Ujian penilaian untuk menentukan kelas mana dah amik,so tunggulah 30 Disember ni time pendaftaran masuk darjah satu untuk tahu kelas mana dia menetap.
Terus terang aku cakap, aku terlalu bedebar bila nak lepaskan dia masuk darjah satu. Banyak cabaran. Tapi aku yakin Allah sentiasa bersama dengan dia.
Seterusnya anak teruna aku yang kedua, Syed Muhammmad Aqeef, anak manja yang sentiasa mewarnai suka duka perjalanan hidup aku. Terus terang aku cakap banyak kesabaran perlu aku pertaruhkan untuk membesarkan Aqeef.Terlalu lincah,terlalu lasak dan terlalu banyak cakap sampaikan kadangkala aku geram. Tapi tak apa,budak baru nak berkembang. Memang macam tu.
Next entry aku masukkan gambar mereka ye..Tungggguuuuu...

Wednesday, 14 November 2012

SELERA GAJAH BUNTING

Salam semua, arini nak cerita sikit tentang tubuh badan aku yang semakin mengembang gara-gara selera tekak aku macam gajah bunting...muahahahahah ayat kutuk diri sendiri.
Dah hampir sebulan aku bermastautin di kampung kelahiran aku sebab jaga rumah, mak aku kan pergi menunaikan ibadah haji, so aku sebagai anak yang baik balik la duduk di rumah mak aku tu menemani kakak aku nan seorang.
Disebabkan kakak aku ni selera perut dia boleh tahan gak la macam selera gajah bunting, so tiap-tiap petang dia akan masak nasi bila balik keja. Bila dah masak nasi ofkos la dia masak sekali dengan aku anak beranak. Aku yang selalu sampai rumah seminit lagi nak habis magrib dengan bangganya melantak la (pas aku solat magrib ye), licin seperiuk. Ye la, aku kan prihatin, kak aku masak penat-penat tak kan nak tengok je kan...
So, akibat dari selera gajah bunting aku tu, aku terima la akibat yang buat aku tension tak benti..berat badan aku naik 64.5kg...waaaaaaaaaaa...aritu 61 kg..berat idea dah tu. So aku nampak montel sekarang ni. Part yang selalu nampak montel ialah perut,pipi,lengan, dan pungkokkkkkk...waaaaa
Sebab tu sekarang ni aku bertungkus lumus akan mengembalikan semula 61 kg aku...aku dah start minum SDII, buat sit up, buat skipping. Peluh gila-gila. Syabas, pembakaran lemak sedang berlaku.
Badan aku ni naik ja sikit nampak je montel tu sebab aku tak tinggi sangat. Tapi syukur, tu semua kurniaan Ilahi...sila bersyukur ye!!
Macam mana ye rupa gajah bunting???

Ni ke ropernyer??? Ishhh, rupa aku macam tu gak kot no!!! Ngeriiiiiiiiii

Monday, 29 October 2012

KISAH RAYA YANG DAH BASI

Salam semua...hari ni nak cerita sikit pasal cerita raya puasa dulu..(heheh...mama ni,cerita dah basi la mama,baru nak cerita)..tak apa, janji korang femes..possing sat mama nak tengok...



Haaa... ini dia dua orang anak teruna mama yang kalut sangat pagi2 raya. Mama tak sempat mandi lagi, korang dah siap pakai baju raya. Adikkkk...seksi la butang tak bubuh.

SUCI DALAM DEBU



Suci je kan wajah anak-anak time tido. Time ni kalau nampak mereka, teringat je kalau-kalau ada marah mereka, pukul mereka...huhuhu sedih la pulak.


Ni pulak, wajah time nak senyum gatai. Senyum mengena orang kata.

MARI BERGOTONG ROYONG

Sawang,semak,samun semua dh ada dalam blog aku ni..sakan punya pemalas. Eh eh bukan pemalas, saya sebagai pemegang amanah dari kerajaan sememangnya sentiasa sibuk dengan tugas hakiki yang tak pernah habis.

Tuesday, 29 May 2012

Mutiara Kata

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Monday, 28 May 2012

Aliff & Aqeef

Ahad lepas ada perlawanan bola sepak antara tadika di Perlis sempena Hari Perpaduan peringkat Negeri Perlis. Aliff masuk pertandingan tu, tapi macam lawak ja. Lemah gemalai lari atas padang ligan bola. Possing sat sebelum perlawanan...



Balik rumah terus demam...sebab panas sangat time main bola tu.



Yang si Aqeef macam biasa la, kalau abang dia demam, dia pun tumpang sekaki. Demam jenis payah nak kebah budak-budak ni...runsing kepala aku.
Aku memang jenis gabra kalau Allah uji aku dengan masalah, tapi aku lagi down kalau Allah uji aku dengan kesihatan anak-anak aku.
Moga anak-anak mama cepat sihat dan boleh kiss mama selalu. Ni nak kiss pun mcm tak mau ja.