Wednesday, 14 November 2012

SELERA GAJAH BUNTING

Salam semua, arini nak cerita sikit tentang tubuh badan aku yang semakin mengembang gara-gara selera tekak aku macam gajah bunting...muahahahahah ayat kutuk diri sendiri.
Dah hampir sebulan aku bermastautin di kampung kelahiran aku sebab jaga rumah, mak aku kan pergi menunaikan ibadah haji, so aku sebagai anak yang baik balik la duduk di rumah mak aku tu menemani kakak aku nan seorang.
Disebabkan kakak aku ni selera perut dia boleh tahan gak la macam selera gajah bunting, so tiap-tiap petang dia akan masak nasi bila balik keja. Bila dah masak nasi ofkos la dia masak sekali dengan aku anak beranak. Aku yang selalu sampai rumah seminit lagi nak habis magrib dengan bangganya melantak la (pas aku solat magrib ye), licin seperiuk. Ye la, aku kan prihatin, kak aku masak penat-penat tak kan nak tengok je kan...
So, akibat dari selera gajah bunting aku tu, aku terima la akibat yang buat aku tension tak benti..berat badan aku naik 64.5kg...waaaaaaaaaaa...aritu 61 kg..berat idea dah tu. So aku nampak montel sekarang ni. Part yang selalu nampak montel ialah perut,pipi,lengan, dan pungkokkkkkk...waaaaa
Sebab tu sekarang ni aku bertungkus lumus akan mengembalikan semula 61 kg aku...aku dah start minum SDII, buat sit up, buat skipping. Peluh gila-gila. Syabas, pembakaran lemak sedang berlaku.
Badan aku ni naik ja sikit nampak je montel tu sebab aku tak tinggi sangat. Tapi syukur, tu semua kurniaan Ilahi...sila bersyukur ye!!
Macam mana ye rupa gajah bunting???

Ni ke ropernyer??? Ishhh, rupa aku macam tu gak kot no!!! Ngeriiiiiiiiii

No comments:

Post a Comment