Saturday, 23 November 2013

Hutan Belantara

Assalammualaikum...laaammaaaanyaaa aku menyepi dari dunia blog ni..Apesal yee..entah.Aku sendiri pun tidak ketahui.Nak kata sibuk,Perdana Menteri kita lagiii sibuk..so..aku tak ada alasan munasabah nak bagi apesal aku menyepi..munasarawak jauh sekali la kan.
Banyak rentetan perjalanan hidup aku sepanjang aku menyepi ni. Tak tertulis di sini. Kalau nak tulis juga, mau amik cuti tanpa gaji nak karang ayat di sini.
So, bila tengah rajin ni marilah aku buka sedikit sebanyak tentang kisah suka duka aku bergelar insan ni...ayat aku memang tak boleh blah.Orang sastera katakan.
aku mulakan dengan perkembangan anak-anak teruna aku dulu ye.Yang sulung Syed Muhammad Aliff Iskandar a.k.a abang long..dah tamat pengajian Pra Sekolah nya di Tadika An Najaah Arau. So tahun depan akan melangkah ke darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah Arau. Ujian penilaian untuk menentukan kelas mana dah amik,so tunggulah 30 Disember ni time pendaftaran masuk darjah satu untuk tahu kelas mana dia menetap.
Terus terang aku cakap, aku terlalu bedebar bila nak lepaskan dia masuk darjah satu. Banyak cabaran. Tapi aku yakin Allah sentiasa bersama dengan dia.
Seterusnya anak teruna aku yang kedua, Syed Muhammmad Aqeef, anak manja yang sentiasa mewarnai suka duka perjalanan hidup aku. Terus terang aku cakap banyak kesabaran perlu aku pertaruhkan untuk membesarkan Aqeef.Terlalu lincah,terlalu lasak dan terlalu banyak cakap sampaikan kadangkala aku geram. Tapi tak apa,budak baru nak berkembang. Memang macam tu.
Next entry aku masukkan gambar mereka ye..Tungggguuuuu...

No comments:

Post a Comment